Friday, 1 July 2011

Menara Tertinggi di Dunia

Salam sejahtera,


Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang menara yang tertinggi di dunia....
Burj Khalifa (Arab: برج خليفة‎ "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pengcakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.  Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai  Downtown Burj Khalifah di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Syed Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini. , Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.

Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas kumpulan Bexis dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina. Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod tanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.

Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion. Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tertinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi). Jika anda berpeluang untuk ke Dubai, jangan lupa ketinggalan melihat dan mengunjunggi menara yang tertinggi di dunia ini.... Sekian, terima kasih.

Jambatan Gantung yang Terpanjang di dunia

Jambatan Golden Gate merupakan satu jambatan gantung yang merentangi Golden Gate, satu bukaan di teluk San Francisco terus ke lautan pasifik. Sebagai sebahagian daripada U.S Route 101 dan State Round 1 jambatan ini menghubungkan kota San Francisco di hujung utara Semenanjung San Francisco ke Kaunti Marin. Jambatan Golden Gate jambatan gantung terpanjang di dunia semasa ia siap dibina pada tahun 1937, dan menjadi simbol kebanggaan di San Francisco dan California. Sejak siap dibina, panjang rentangnya telah dipintas oleh lapan lagi jambatan gantung. Ia masih lagi menjadi jambatan gantung kedua terpanjang di Amerika Syarikat, selepas Jambatan Verrazano-Narrows di Kota New York. Pada tahun 2007, ia berada pada kedudukan kelima di dalam Senarai senibina pilihan Amerika yang diterbitkan oleh Institut Senibina Amerika.

Air Terjun Gunung Ledang

Salam Sejahtera,
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.
Selain daripada itu,
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.