Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang menara yang tertinggi di dunia....
Burj Khalifa (Arab: برج خليفة "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pengcakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifah di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Syed Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini. , Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas kumpulan Bexis dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina. Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod tanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
No comments:
Post a Comment