Tuesday, 22 November 2016

BACHELOR IN BIOMEDICINE

BIOMEDICINE



Biomedical scientists focus on how cells, organs and systems function in the human body; an exciting and dynamic area that is highly relevant to the understanding and treatment of human diseases. This course does not provide a medical training.





Biomedicine programme

It include thw theoretical aspects of medicine and which applies biological and natural science concepts to practice. It has a number of related disciplines such as biochemistry, zoology, anatomy, genetics, physiology, pathology, botany, chemistry and biology

Saturday, 2 July 2011

Ski Dubai


Ski Dubai adalah sebuah tempat peraginan ski dengan kawasan ski dalaman seluas 22,500 meter persegi. Ia sebahagian dari Mall of Emirates salah satu pusat membeli-belah terbesar di dunia, terletak di Dubai, Emirah Arab Bersatu. Ski Dubai adalah sebahagian dari Masjid Al-Futtaim Group, satu pemaju untuk kompleks beli-belah di rantau ini yang berpangkalan Dubai.

Dibuka pada November 2005, tempat peranginan ini mencirikan sebuah gunung dalaman 85-meter tinggi dengan 5 cerun pelbagai tinggi dan kesusahan, termasuk sebuah laluan 400 meter panjang, laluan hitam dalaman pertama di dunia, dan sebuah paip suku 90 meter panjang untuk pemain papan luncur salji. Suatu lif kuad dan lif tunda mengangkat pemain ski dan pemain papan luncur salji naik ke gunung. Bersempadan dengan cerun adalah sebuah kawasan permainan 3,000 meter persegi terdiri dari laluan kereta luncur salji dan tobogan, sebuah papan gelongsor badan ais, sebuah galeri menembak bola salji, sebuah gua ais dan sebuah teater 3D. Tarikan pelancong lain termasuk sebuah pagar sesat cermin dan sebuah kawasan membuat orang salji. Pakaian musim sejuk, ski dan alat papan luncur salji dimasukkan dalam harga kebenaran masuk.
Sebuah sistem tebatan yang sangat cekap membantu kemudahan ini untuk mengekalkan cuaca −1 °C pada siang hari dan −6 °C pada waktu malam apabila salji dihasilkan. Walau bagaimanapun, kemudahan ini menggunakan 3000 gelen minyak tiap hari, menghasilkan jumlah besar gas rumah tanaman.
Jika anda berkesempatan untuk ke Dubai, Jangan lepaskan peluang datang ke 'Ski Dubai' kerana ia merupakan pusat pelancongan ski yang pertama di dunia yang terletak di bandaraya yang kering dan panas terik.

Pusat Pelancongan Tanah Tinggi Cameron



Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Tanah Tinggi Cameron terletak di negeri Pahang. sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Kawan-kawan jika ingin pergi ke tempat pelancongan yang sejuk dan nyaman silalah datang ke Tanah Tinggi Cameron. Di sini anda akan temui terdapat banyak ladang teh, strawberi dan ladang sayur-sayuran.
Tanah Tinggi Cameron ini setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Anda boleh kesini dari Tapah, Perak. Sejarah nama cameron adalah daripada nama seorang pegawa Inggeris iaitu William Cameron menemuinya ketika sedang membuat tinjauan peta.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain.
Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi.

Larian 1 Murid 1 Sukan

Pada 2 Julai 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat tidak ketinggalan menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan. Objektif larian ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat kesukanan kepada semua murid di samping meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan minda. Larian ini dimulakan dengan pelajar menengah rendah lelaki dan kemudian diikuti dengan pelajar menengah atas lelaki. Selepas itu, larian ini diikuti dengan pelajar menengah rendah perempuan dan kemudiaannya diikuti dengan pelajar menengah atas perempuan. Larian ini telah dilepaskan oleh Encik Rahman bin Ahmad. Larian ini bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Larian ini sejauh 1.5 km melalui kawasan perumahan di Taman Lagenda, Taman Tangkak Jaya. Aku sangat gembira menyertai larian ini. Semoga dapat menyertai larian ini lagi......

Friday, 1 July 2011

Tsunami di Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....,
Baru-baru ini jepun telah digegarkan dengan bencana alam yang dasyat sehingga menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat kediaman, kehilangan nyawa dan sebagainya. Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011 adalah gempa bumi mega tujahan mega yang berukuran 9.0 M yang berlaku berhampiran dengan timur Semenanjung Osaka.


kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita tidak mengalami bencana alam yang teruk sebegitu...
Gempa bumi utama didahului oleh beberapa kejutan depan yang besar, bermula dengan peristiwa 7.2 MW pada 9 Mac yang berlaku kira-kira 40 kilometers (25 bt) dari gempa 11 Mac, diikuti oleh tiga lagi pada hari yang sama dengan kekuatan melebihi 6 MW.[19] Seminit sebelum gempa bumi hebat ini, sistem Amaran Awal Gempa Bumi yang bersambung dengan sekitar 1,000 seismometer di Jepun menghantar amaran gempa bumi akan melanda kepada jutaan penduduk menerusi teleisyen. Tindakan ini dipercayai menyelamatkan ramai nyawa.[25]
Gempa bumi ini berlaku di Lautan Pasifik barat, 130 kilometers (81 bt) di timur Sendai, Honshu, Jepun. Pusat gempanya terletak 373 kilometers (232 bt) dari Tokyo, menurut Pantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Kejutan lanjur berkali-kali dilaporkan selepas gempa M9.0 yang terdahulu pada 14:46 waktu tempatan. Kejutan lanjur 7.0 dilaporkan pada 15:06 waktu tempatan, M7.4 pada 15:15 waktu tempatan dan M7.2 pada 15:26 waktu tempatan.[26] Lebih seratus kali kejutan lanjur bermagnitud 4.5 ke atas telah berlaku sejak gempa terbesar.[27]

Gempa ini berlaku di Jurang Jepun, di mana Plat Pasifik terbenam di bawah Plat Amerika Utara. Gempa sebesar ini biasanya meninggalkan pecahan sepanjang 480 kilometers (300 bt) ke atas serta memerlukan garis sesar yang panjang dan agak lurus. Disebabkan sempadan plat dan zon benam di kawasan ini tidak begitu lurus, gempa bumi di kawasan ini biasanya diduga bermagnitud sehingga 8–8.5, maka magnitud gempa ini mengejutkan sesetengah ahi seismologi.[28] Kawasan hipopusat gempa ini menjangkau di luar pesisir dari Wilayah Iwate hingga Wilayah Ibaraki.[29] Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa ini mungkin memecahkan zon sesar dari Iwate ke Ibaraki yang sepanjang 400 kilometers (250 bt) dan selebar 200 kilometers (120 bt).[30] Dijelaskan juga bahawa gempa ini mungkin mempunyai mekanisme yang sama dengan sebuah lagi gempa bumi raksasa yang turut menyebabkan tsunami besar pada tahun 869.[31]