Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Tanah Tinggi Cameron terletak di negeri Pahang. sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Kawan-kawan jika ingin pergi ke tempat pelancongan yang sejuk dan nyaman silalah datang ke Tanah Tinggi Cameron. Di sini anda akan temui terdapat banyak ladang teh, strawberi dan ladang sayur-sayuran.
Tanah Tinggi Cameron ini setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Anda boleh kesini dari Tapah, Perak. Sejarah nama cameron adalah daripada nama seorang pegawa Inggeris iaitu William Cameron menemuinya ketika sedang membuat tinjauan peta.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain.
Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi.
No comments:
Post a Comment