Baru-baru ini jepun telah digegarkan dengan bencana alam yang dasyat sehingga menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat kediaman, kehilangan nyawa dan sebagainya. Gempa bumi dan tsunami TÅhoku 2011 adalah gempa bumi mega tujahan mega yang berukuran 9.0 M yang berlaku berhampiran dengan timur Semenanjung Osaka.
Gempa bumi utama didahului oleh beberapa kejutan depan yang besar, bermula dengan peristiwa 7.2 MW pada 9 Mac yang berlaku kira-kira 40 kilometers (25 bt) dari gempa 11 Mac, diikuti oleh tiga lagi pada hari yang sama dengan kekuatan melebihi 6 MW.[19] Seminit sebelum gempa bumi hebat ini, sistem Amaran Awal Gempa Bumi yang bersambung dengan sekitar 1,000 seismometer di Jepun menghantar amaran gempa bumi akan melanda kepada jutaan penduduk menerusi teleisyen. Tindakan ini dipercayai menyelamatkan ramai nyawa.[25]
Gempa bumi ini berlaku di Lautan Pasifik barat, 130 kilometers (81 bt) di timur Sendai, Honshu, Jepun. Pusat gempanya terletak 373 kilometers (232 bt) dari Tokyo, menurut Pantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Kejutan lanjur berkali-kali dilaporkan selepas gempa M9.0 yang terdahulu pada 14:46 waktu tempatan. Kejutan lanjur 7.0 dilaporkan pada 15:06 waktu tempatan, M7.4 pada 15:15 waktu tempatan dan M7.2 pada 15:26 waktu tempatan.[26] Lebih seratus kali kejutan lanjur bermagnitud 4.5 ke atas telah berlaku sejak gempa terbesar.[27]
Gempa ini berlaku di Jurang Jepun, di mana Plat Pasifik terbenam di bawah Plat Amerika Utara. Gempa sebesar ini biasanya meninggalkan pecahan sepanjang 480 kilometers (300 bt) ke atas serta memerlukan garis sesar yang panjang dan agak lurus. Disebabkan sempadan plat dan zon benam di kawasan ini tidak begitu lurus, gempa bumi di kawasan ini biasanya diduga bermagnitud sehingga 8–8.5, maka magnitud gempa ini mengejutkan sesetengah ahi seismologi.[28] Kawasan hipopusat gempa ini menjangkau di luar pesisir dari Wilayah Iwate hingga Wilayah Ibaraki.[29] Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa ini mungkin memecahkan zon sesar dari Iwate ke Ibaraki yang sepanjang 400 kilometers (250 bt) dan selebar 200 kilometers (120 bt).[30] Dijelaskan juga bahawa gempa ini mungkin mempunyai mekanisme yang sama dengan sebuah lagi gempa bumi raksasa yang turut menyebabkan tsunami besar pada tahun 869.[31]
No comments:
Post a Comment